5 Perkara Yang Anda WAJIB Tahu Sebelum Beli Baju Bundle!

Ramai Yang Tertipu & Ditindas Semasa Membeli Baju Bundle!

Sejak akhir ini kita dapat lihat dimana sahaja kedai bundle yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Hal ini tidak dapat dinafikan kerana kajian telah dijalankan oleh beberapa pihak pengkaji ekonomi di Malaysia membuktikan bisnes bundle adalah satu platform bisnes yang dapat menjana pendapatan tinggi dek kerana ekonomi negara yang kurang stabil pada masa kini.


Seiring dengan kemajuan industri bundle yang mencapai tahap antarabangsa ini, ramai peminat bundle dari setiap pelusuk tanah air kian memahami apa erti dan nilai sebenar sesuatu item yang dijual. Penggemar bundle terbahagi kepada beberapa jenis termasuklah 'collectors', peniaga bundle online dan pembeli biasa.

Disini kami ingin berkongsi beberapa tips untuk anda yang mungkin baru saja cuba untuk menceburi bidang ini. Ternyata ia bukanlah sekadar hobi dan minat, ia juga dapat menjana pendapatan sehingga ada yang menjadi Peniaga Bundle Online sepenuh masa.

No1. Pastikan Apa Brand dan Corak yang Anda Minat


Terdapat banyak baju-baju yang berjenama yang semestinya anda tidak mampu untuk membelinya di butik atau pasaraya. Dengan mendapatkannya di kedai bundle, anda boleh membelinya dengan harga berlipat kali ganda jauh lebih murah. 

Macam mana nak tahu brand tersebut mempunyai tinggi nilainya?
Anda boleh terus search di google dan cuba lihat harga jualan pasarannya. Anda juga boleh buat research terlebih dahulu di website official brand tersebut untuk mengetahui dengan lebih lanjut apakah keistimewaan & kemewahan yang ada pada brand tersebut.



Tak Semestinya Made in USA saja yang mempunyai nilai harga yang tinggi. Barangan buatan Jepun, German, France, Italy juga tidak kurang hebatnya.

Nilai setiap Brand tersebut tinggi berkemungkinan dipengaruhi oleh kualiti fabrik, cara pembuatan, teknik jahitan, keluaran terhad (Limited Edition) dan sebagainya.

Corak yang menarik tidak dinafikan dapat menarik mata kepada si pemakai. Malah ianya juga berkemungkinan Rare dan susah untuk didapati. Pastikan corak-corak yang ada tidak berunsur perkara yang tidak senonoh, menjolok mata dan tidak bertentangan dengan agama.

No2. Check Tag Brand


Hal ini cukup sinonim dengan peminat bundle khususnya yang betul-betul mendalami Brand yang diminati. Tag Baju atau Tag Brand di setiap baju perlu diambil kira sebelum kita membeli untuk memastikan item itu benar-benar original!

Kebiasaan nya tag baju terletak di leher atau di sisi bawah baju. Anda perlu pastikan ianya betul-betul menepati spec seperti yang tulen/original.

Seperti yang kita tahu, brand-brand ternama kerap di-copy oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk dijual pada harga yang lebih murah daripada yang original. Jangan terkejut jika mereka dapat tiru 97% sama macam original!

Bagi Peminat item Vintage pula, tag untuk brand baju ini kadang kala berubah mengikut peredaran tahun. seperti sesetengah tag ada yang berubah design, warna, bentuk dan sebagainya

Dibawah adalah contoh-contoh tag yang berubah mengikut peredaran zaman & era.




No3. Check Jahitan


Bagi Peminat item Vintage, jahitan pada baju juga diambil kira sebelum mereka membelinya. Jahitan yang saya maksudkan adalah jahitan di lengan, bahu, bawah baju, jahitan ketiak, tengkuk dan sebagainya.

Kebiasaannya jahitan lengan dan bawah terbahagi kepada 2 iaitu Single Stitch dan Double Stitch. Perbezaannya adalah satu line jahitan atau dua line jahitan. 

Kebiasaannya baju di era awal 90an ke bawah mempunyai jahitan single stitch. Single stitch juga terdapat beberapa pattern yang dapat membezakan negara pembuatannya sama ada made in USA atau made in Japan dan sebagainya.
Jahitan tulang tepi baju juga seringkali diambil kira oleh mereka yang betul-betul mendalami item vintage. Kebiasaannya baju vintage tidak mempunyai tulang tepi tapi jangan kata yang ada tulang tepi tak vintage pulak! Ada juga item vintage yang mempunyai tulang tepi atau jahitan disisi baju.

No4. Check Jenis Fabrik & Kondisi

Sebelum anda membeli, pastikan jenis fabrik untuk item tersebut. Jika tshirt di Malaysia, kebiasaannya nilai fabrik 50% Cotton 50% Polyester atau lebih dikenali dengan 'Kain 5050' lebih tinggi nilainya berbanding 100% Cotton.

Perkara ini dapat dipastikan melalui info yang diletakkan pada tag baju tersebut. Kalau yang dah betul-betul berpengalaman, pegang kain pun dah tau kain 100 or kain 5050. Hebat kan!

Ni contoh nya..



No.5 Check Harga Market & Pasaran Sebelum Membeli!

Akhir sekali dan paling penting, jangan mudah terburu-buru untuk membayar sebelum anda periksa semua detail di atas!

Yang paling penting pastikan anda periksa harga market sebelum membeli. Jangan Main Bayar Je! Harga Mahal Tak Semestinya Rare!

Adalah lebih baik untuk bertanyakan kepada rakan-rakan yang lebih arif untuk menilai sesuatu item samaada berpadanan atau tidak dengan harga yang diletakkan.

TAPI

Kalau anda rasa berbaloi dengan harga tersebut, beli saja. nanti balik termimpi-mimpi pulak!




No comments

Powered by Blogger.