Begini Rupanya Baju Bundle RM20K!

Mengarut tapi benar!
Rata-rata peminat bundle sudah tahu akan kewujudan t-shirt yang mampu menjangkau harga puluhan malah ratusan ribu ringgit.
Seakan tidak percaya akan kebenaran ini tetapi ia tetap menjadi kegilaan sesetengah pengumpul atau 'colector' tshirt vintage seperti ini.

Vintage Nike Geisha OFFICIAL Cascade Run-Off Pinwheel 80s 

atau lebih dikenali sebagai NIKE GEISHA antara salah satu tshirt yang berjaya mencapai market sehingga RM20,000 dipasaran antarabangsa!


Nike Geisha ini merupakan tshirt keluaran sempena acara larian atau "Road Race" yang diberi nama Cascade Run Off yang diadakan di Portland, salah satu bandar di Oregon, USA pada tahun 1981.

Menurut kajian yang telah dijalankan oleh peminat/collectors Nike dari seluruh pelusuk dunia, Tshirt design ini dikeluarkan dalam 3 jenis sifat yang berbeza.

Dipetik daripada buku Nike Chronicle keluaran Lighting vol.105,
Nike Geisha ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Ciri-ciri yang pertama adalah mempunyai tag Hanes Fifty Fifty Combed yang berwarna oren dan berwarna kuning gelap, 

Kedua adalah mempunyai tag Nike Pinwheel, kain 100% Cotton dan berwarna kuning gelap
dan
Yang terakhir, mempunyai tag Nike Pinwheel, Kain 100% Cotton dan berwarna kuning cair.

Apa-apa pun yang penting ianya sangat bernilai bagi pengumpul Nike dari serata dunia.
Jom kita tengok detail baju ni dengan lebih dekat.










1 comment:

  1. Thank you for taking the time to publish this information very useful! bandarq

    ReplyDelete

Powered by Blogger.