NGERI Tengok Baju Bundle Harga RM50K!!

Pelik Tapi Benar. Harga Yang Langsung Tidak Masuk Akal!

Baju ini dijual di Sebuah Website iaitu www.defunkd.com dengan harga 13,000USD bersamaan dengan RM53,000++ !!

Vintage RUN DMC My Adidas 1980s T-Shirt




Rata-rata semua 'otai' bundle sudah tahu tentang harga pasaran atau 'market' baju ini. Akan tetapi harganya semakin melonjak naik dipasaran antarabangsa. Seakan tidak percaya dan sesetengah pihak menganggap harga ini cukup tidak waras untuk sehelai baju bundle.

Tidak dapat dinafikan pasti ada yang betul-betul teruja melihat harganya yang begitu tidak logik di akal. Namun, sudah pasti ada yang menganggap ianya satu nilai yang berbaloi jika hendak dibandingkan dengan nilai sentimental item itu sendiri.

Jom kita sama-sama tenung dan perhatikan detail disebalik item yang bernilai ini!





Apakah Sejarah disebalik baju ini?

RUN D.M.C merupakan satu kumpulan hiphop yang ditubuhkan pada tahun 1981 dan dianggotai oleh 3 orang anak muda berkulit hitam yang berasal dari Hollis, Queens, New York.

Apa yang menarik melalui kumpulan ini sehingga berjaya menjalinkan hubungan dengan syarikat sportwear gergasi ini?

Ini yang diceritakan oleh mereka:

Kembali pada tahun 1986, kami sedang membuat album Raising Hell, dan kami rap tentang segala-galanya. Run-D.M.C., Kami rap tentang segala yang akan kita lihat, sentuh, makan atau tidur atau berfikir.

Cerita ini benar-benar berlaku - ada seorang doktor di kejiranan kami bernama Dr. Deas, dan dia adalah seorang aktivis masyarakat. Beliau juga menulis sebuah risalah kecil dan dia meletakkannya di sekitar kejiranan yang dipanggil Fellon Shoes,
 di mana dia mengatakan bahawa kanak-kanak dan remaja di jalanan yang memakai seluar jeans Lee dan topi Kangol dan rantai emas dan PUMA dan adidas tanpa tali kasut adalah samseng , peniaga dadah dan mempunyai kehidupan masyarakat yang rendah.

Dengan itu, mereka cuba menepis idiologi yang dibawa oleh doktor tersebut dengan cuba membuktikan bahawa sangkaan itu salah dan tidak benar.

Mereka menulis lirik lagu dimana bait-baitnya menceritakan tentang apa yang mereka pakai dan apa yang mereka buat sehingga membuka mata semua orang supaya tidak menilai manusia dari segi luaran.

Disamping itu juga mereka juga peminat Adidas. Mereka sanggup mengikat perut demi untuk mendapatkan setiap Adidas model terbaru pada masa itu.

Hal ini berlarutan sehingga menarik minat pihak Adidas untuk bekerjasama dengan mereka.

No comments

Powered by Blogger.