Noh Salleh: Kombinasi Muzik & Fesyen



Pemilik nama Mohammad Noh Bin Salleh atau lebih dikenali sebagai Noh Salleh ini merupakan seorang pemuzik, penulis lirik dan produser yang sudah tidak asing lagi di dalam industri muzik tanah air. Lahir pada 15 March 1985, vokalis dan gitaris utama kumpulan rock Hujan ini telah mengeluarkan lima studio album dan memulakan kerjaya solo pada tahun 2014 dengan mengeluarkan EP Angin Kencang (2014) dan Debu Bercahaya (2019).


Anak kelahiran Miri, Sarawak ini perch Bekerja sebagai pembantu di studio rakaman milik Ahmad Idham. Minatnya terhadap muzik telah mendorong beliau uituk belajar tentang komposisi lagu dan irama. Karier Noh Salleh bersama Hujan yang Bermuda pada tahun 2005 telah membuahkan hasil apabila Self-Titled Debut Album menjadi album yang paling laris di dalam Malaysia dengen dua single yang menjadi sulan anak muda iaitu 'Pagi Yang Gelap' dan 'Bila Aku Sudah Tiada'.


Dalam perkembangan lain, Noh Salleh melancarkan jenama pakaiannya sendiri, Hikari Riders. Hikari Riders menjual denim jaket, T-shirt dan pelbagai aksesori.

“Hikari Riders menggambarkan diri saya sebagai penyanyi indie yang mempunyai minat menunggang motosikal. Koleksi ini juga menjadi hadiah buat peminat, terutama Raingers yang suka mengikut cara kami berpakaian,” - Noh Salleh

HIKARI RIDERS x ART OF SPEED COACH JACKET





HIKARI RIDERS DENIM JACKET






Angin Kencang, iaitu projek solo Noh Salleh pada tahun 2014 adalah salah satu karya yang boleh dibanggakan untuk dekad ini. Ternyata kolabarasinya dengan band dari seberang, Sore membuahkan hasil. Mengambil genre French Pop Era dengan sedikit sentuhan nusantara, album ini diinspirasikan dari Mizz Nina (isteri kepada Noh Salleh). Proses pembikinan album ini mengambil masa selama dua tahun dan ternyata Noh dapat mengembangkan kecintaannya tehadap muzik jazz dengan adanya album ini.  Noh tidak terburu-buru dalam pembikinan album Angin Kencang, kerana ianya dibuat bagi kepuasaan dirinya sendiri. Album ini mempunyai sembilan lagu yang boleh didengari di semua platform muzik seperti Spotify dan Apple Music:

1. Gelung
2. Angin Kencang
3. Biar Seribu
4. Bunga Di Telinga
5. Sang Penikan
6. Angin Kencang - Piano
7. Mr. Polia
8. Renjana
9. Sarawak

















No comments

Powered by Blogger.